Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Perlis

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Mangsa lemas akhirnya ditemui.

Cetak

Kangar, 27 Sept - Operasi mencari dan menyelamat mangsa tragedi bot kawalan diteruskan lagi hari ini. Pelbagai usaha dilakukan termasuklah inisiatif dari keluarga mangsa menggunakan khidmat seorang bomoh. Operasi bermula pada jam 9 pagi. Menurut bomoh tersebut, mayat mangsa dipercayai tersangkut pada dahan kayu. Anggota penyelamat meneruskan operasi dalam keadaan cuaca yang tidak menentu dan mengharungi arus sungai yang deras. Mayat mangsa ditemui oleh orang awam lebih 5 km dari tempat kejadian berlaku. Dengan pertemuan mayat tersebut maka operasi mencari di hentikan. Admin juga berterima kasih kepada semua pihak dan agensi yang terlibat dalam operasi ini dan diharap kerjasama seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

294039_210732468994252_143087625758737_531336_705401374_n

308201_210732505660915_143087625758737_531338_1137789443_n

313214_210732488994250_143087625758737_531337_1505642749_n