Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Perlis

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Meninggal dunia ketika mendaki bukit

Cetak

Kangar, 28 Sept - Seorang warga emas Teh Gin Cheng, 68 tahun di dilaporkan pengsan oleh rakan pendaki melalui panggilan telefon. Anggota Bomba bersama 1 jentera dan 1 kenderaan pacuan 4 roda Toyota Hilux tiba di tempat kejadian 6 minit kemudian setelah panggilan menyelamat diterima. Anggota Bomba bertungkus - lumus dan menghadapi keadaan sukar untuk membawa mangsa turun berdasarkan keadaan tanah bukit yang licin akibat hujan. Setelah mangsa berjaya di turunkan dari bukit ke tempat selamat, pihak hospital melakukan pemeriksaan menyeluruh dan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia. Mayat mangsa di bawa ke Hospital Tuanku Fauziah untuk dibedah siasat bagi memastikan punca sebenar mangsa meninggal.

  298836_211184128949086_143087625758737_532480_1022706046_n






























320259_211184408949058_143087625758737_532485_1367872509_n

307821_211184262282406_143087625758737_532482_24606248_n