Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Perlis

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Perlis

Temubual Ys Pengarah Bersama PerlisFm

Cetak
Temubual Ys Pengarah Negeri Bersama PerlisFm

Tarikh: 26 April 2012 Jam: 2:30 Petang

Tajuk: Sambutan Hari Anggota Bomba.
LAST_UPDATED2

KEMPEN BOMBA JBPMPS BERSAMA MASYARAKAT

Cetak

TARIKH: 30 MAC 2012

TEMPAT: MASJID IBNU TAIMIYYAH TAMBUN TULANG

MASA   : 8.00 PAGI  -  5.00 PTG

LAST_UPDATED2

Selamat Datang Kepada Pegawai-Pegawai Baharu

Cetak

Jabatan bomba dan penyelamat malaysia negeri perlis mengucapkan selamat datang kepada semua Pegawai Bomba baru Gred KB 41 dan KB 29 untuk bertugas di JBPM Negeri Perlis. Syabas diucapkan kepada semua dan harapan Jabatan Tuan-Tuan dapat membantu untuk menaikkan imej serta memberi komitmen dalam kerjaya.

PgB_Mohd_Hafizi_Akhbar_bin_Mohd_Radzi PgB Mohd Hafizi Akhbar bin Mohd Radzi
PPgB_Md_Azlan_bin_Jamaludin PPgB Md Azlan bin Jamaludin

PPgB_Mohd_Nazrullah_bin_Abdul_Aziz
PPgB Mohd Nazrullah bin Abdul Aziz
PPgB_Shafarol_bin_Abd_Rahim
PPgB Shafarol bin Abd Rahim
LAST_UPDATED2

Teks Ucapan Pengarah Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia Negeri Perlis

Cetak
PENGARAH_TERKINI

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan “Selamat Tahun Baru” kepada semua warga JBPMPS dan “Selamat Tahun Baru Cina” kepada semua anggota dan kakitangan di JBPMPS. Dengan azam dan tekad baru untuk bekerja dengan penuh semangat pada tahun ini bertujuan member perkhidmatan yang lebih baikkepada orang ramai.

Saya rasa awal tahun baruadalah masa yang sesuai untuk kita menilai segala prestasti yang telah kita capai pada tahun yang lalu. Saya harap semua warga JBPMPS akan menjalankan tugas mereka dengan bersikap penuh bertanggungjawab, jujur dan segera atau “with a sense of urgency, responsibility and honesty”. Kita patut mematuhi perutusan YAB Perdana Menteri untuk meningkatkan perkhidmatan kita menghadapi cabaran-cabaran baru untuk mendapatkan perkhidmatan yang lebih efisyen dan cepat daripada kita.

Program Kempen Mencegah Kebakaran akan diteruskan pada tahun ini. Angggota bomba dan penyelamat akan mengikuti latihan “multi-skill”, penyelamatan, teknik melawan kebakaran di dalam dan luar negeri. Lebih banyak peralatan dan jentera berteknologi tinggi akan dibekalkan untuk memastikan usaha-usaha penyelamatan kebakaran adalah berkesan dan sentiasa professional. JPBM juga telah melancarkan sistem “one-stop centre” bagi memastikan kerja kelulusan bangunan dapat diuruskan dengan cekap dan berkesan

Dalam kehidupan era yang mencabar dan kita tidak boleh ketinggalan dalam dunia teknologi di mana kemajuan Information Technology and Communications (ITC) berlaku dengan pesat. Kita akan ketinggalan zaman jika kita tidak mengambil tindakan untuk menambah pengetahuan. Saya harap setiap warga JBPMPS akan berusaha meningkatkan pengetahuan masing-masing dengan mengikuti kursus jangka pendek atau panjang di institusi-institusi tempatan seperti INTAN atau di luar negeri. Kursus-kursus lain seperti membina semangat dan kesetiaan kepada Negara juga digalakkan. Saya berharap dengan latihan dan pendidikan yang disediakan, setiap warga akan berupaya mewujudkan “mind-shift” selaras dengan tujuan kerajaan untuk membekalkan satu ‘workforce” yang amat bertanggungjawab, bersifat amanah dan ikhlas dalam menjalankan tugas.

Untuk tahun baru ini, saya harap semua warga JBPMPS berazam untuk mempertingkatkan prestasi diri dan organisasi. Kita perlu senantiasa berwaspada dan menjaga penampilan kita sebagai anggota Bomba dan Penyelamat supaya semua persepsi Positif orang awam terhadap anggota bomba bertukar kepada lebih positif. Ia nya dapat dijadikan kenyataan jika setiap anggota melangkah kehadapan dengan penuh komitmen dan keazaman.

Buat penutup, saya sekali lagi mengucapkan kepada semua “SelamatTahunBaru”, “Selamat Tahun Baru Cina” dan “Selamat Berkhidma t”. Sekian, terimakasih.