.
Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia...
Terlebih dahulu syukur kepada Allah kerana limpah kurniaNya Terhasilah Laman web Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perlis.
Tidak ketinggalan juga saya mengucapkankan selamat datang kepada semua pelawat yang menembusi laman sesawang Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perlis.
Seiring dengan kemajuan teknologi maklumat dan prasarana negera, satu tranformasi telah berlaku terhadap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perlis dalam menberi satu perkidmatan terbaik dalam bidang ICT (Information and communications technology), bagi menenuhi kehendak visi dan misi jabatan. Secara umumnya laman web ini adalah platform sebagai badan media menyalurkan maklumat mengenai aktiviti dalam organisasi JBPM Negeri Perlis. Penekanan ditujukan kepada masyarakat setempat bagi mewujudkan peranan Jabatan Bomba dan Penyelamat khususnya di negeri Perlis disamping mewujudkan kesedaran dalam konteks keselamatan.
Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih dan mengalu-alukan sebarang idea-idea dari segi pandangan dan saranan bagi menjayakan dan meningkatkan pembangunan ICT negara selaras hasrat negara.
Tuan Fadzil bin Haroon (Pengarah JBPM Negeri Perlis)









